Monday, April 25, 2016

SOALAN BERKAITAN MULTIMETER

SOALAN BERKAITAN MULTIMETER

SOALAN :


  1. Terangkan empat  fungsi atau kegunaan  asas multimeter
  1. Nyatakan empat ruang pengukuran yang terdapat dalam sesebuah multimet
  2. Nyatakan dua jenis multimeter

CARA MENGUKUR MENGGUNAKAN MULTIMETER

 CARA  MENGUKUR  MENGGUNAKAN  MULTIMETER


Mengukur voltan arus terus

Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat voltan DC iaitu yang ditandakan dengan DCV. Skala ini ditandakan dengan beberapa angka iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250 dan 1000.  Julat ini diplotkan bagi membuat pengukuran untuk julat yang disetkan pada unit kawalan.  Setkan julat  pemilih pada kedudukan DCV iaitu pada julat yang paling tinggi untuk mengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang telah ditetapkan.  Sekiranya bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan tepat, laraskan julat pemilih kepada julat yang kecil sedikit.  Bacaan yang diambil adalah dari kiri kanan pada skala bacaan.


  Mengukur voltan arus ulang alik

Garisan skala yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yang ditandakan
dengan ACV. Seperti juga skala DCV.  Skala ini juga ditandakan dengan angka yang serupa untuk membuat pengukuran dan ia juga mempunyai beberapa julat iaitu 10, 50, 250 dan 1000.  Setkan julat pemilih pada keadaan kedudukan ACV dan setkan julat ke nilai yang paling tinggi.  Ini adalah untuk memastikan multimeter tidak rosak akibat voltan lampau.  Jika bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca,  laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai.  Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.


  Mengukur arus terus


Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DcmA).  Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala voltan arus terus (DCV) dan menggunakan julat 10, 50 dan 250.  Semasa membuat pengukuran arus litar perlu dipisahkan dari punca bekalan bagi membolehkan bacaan diperoleh adalah tepat.  Setkan julat pemilih pada kedudukan DcmA iaitu pada nilai yang paling tinggi. Putuskan litar dari punca bekalan dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada skala penunjuk. Jika nilai yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai untuk mendapatkan bacaan yang tepat.  Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.

KEGUNAAN MULTIMETER

KEGUNAAN MULTIMETER

   KEGUNAAN MULTIMETER  

       Multimeter mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan   
       membuat pengujian terhadap komponen atau peralatan. Kegunaaan asasnya
       adalah:

1.         Mengukur nilai rintangan (Ω).
2.         Mengukur voltan arus terus ( DCV).
3.         Mengukur voltan arus ulangalik (ACV)
4.         Mengukur arus terus (DCmA).
        
        
         CARA  MENGUKUR  MENGGUNAKAN  MULTIMETER

   
   Mengukur rintangan (Ω)

Garisan atas sekali digunakan untuk menyukat nilai rintangan dalam ohm.  Untuk  
mendapatkan bacaan yang tepat dan pelarasan pada julat pemilih yang sesuai
adalah penting. Julat ini ditandakan dengan julat 0 hingga infiniti (∞).  Setiap kali
pengukuran hendak dilakukan, pelarasan sifar perlu dilakukan iaitu untuk memastikan kedudukan jarum penunjuk berada betul-betul pada kedudukan  kosong atau sifar.

Setkan julat pemilih pada kedudukan julat yang paling tinggi dan tentukan nilainya.
Jika bacaan yang ditunjukkan besar, setkan juga julat pemilih  pada julat yang sesuai iaitu pada nilai yang lebih besar. Pelarasan sifar perlu dilakukan sekali lagi bagi mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil adalah dari kanan ke kiri skala bacaan.


FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPONEN MULTIMETER

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPONEN MULTIMETER

       Skala bacaan

Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.


     Tombol pemilih julat

Tombol pemilih julat adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki.

      
     Jarum penunjuk

     Menunjukkan nilai unit yang disukat atau diukur.


     Terminal pengukuran (measuring terminals)


Pada sesebuah multimeter terdapat 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif di mana ianya akan disambungkan pada litar atau kaki komponen yang akan diukur menggunakan probe pengujian (test probe).

Pelaras  0 ohm

Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian  sebelah  kanan  skala bacaan.  Pelarasan 0 ohm ini mesti dilakukan setiap kali julat ohmmeter pada julat pemilih diubah. 


 Pelarasan sifar

Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat.  Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.

BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MULTIMETER ANALOG DAN DIGITAL

BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MULTIMETER DIGITAL





BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MULTIMETER ANALOG


PENGENALAN KEPADA MULTIMETER

TAJUK : PENGENALAN KEPADA MULTIMETER


TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan kegunaan asas multimeter.

PENERANGAN :

Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik. Ia boleh berfungsi sebagai meter volt, meter ampere dan meter ohm.

Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen seperti mengukur bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar. Di samping itu ia  dapat menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan baik atau tidak sebelum digunakan dan  dapat  digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar.

Multimeter  terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

i.               Multimeter analog

ii.             Multimeter digital

Multimeter Analog

Multimeter jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat  kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengendalikannya.  Kemahiran dalam menentukan  bacaan adalah penting kerana ianya ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.






  Multimeter Digital

Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yang dipamerkan pada skrin.  Bacaan yang diperolehi adalah lebih tepat berbanding multimeter analog.