CARA MENGUKUR MENGGUNAKAN MULTIMETER
Mengukur voltan arus terus
Garisan skala
yang kedua digunakan untuk menyukat voltan DC iaitu yang ditandakan dengan DCV.
Skala ini ditandakan dengan beberapa angka iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250
dan 1000. Julat ini diplotkan bagi
membuat pengukuran untuk julat yang disetkan pada unit kawalan. Setkan julat pemilih pada kedudukan DCV iaitu pada julat
yang paling tinggi untuk mengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang
telah ditetapkan. Sekiranya bacaan yang
diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan tepat, laraskan julat pemilih
kepada julat yang kecil sedikit. Bacaan
yang diambil adalah dari kiri kanan pada skala bacaan.
Mengukur voltan arus ulang alik
Garisan skala
yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yang ditandakan
dengan ACV. Seperti
juga skala DCV. Skala ini juga
ditandakan dengan angka yang serupa untuk membuat pengukuran dan ia juga
mempunyai beberapa julat iaitu 10, 50, 250 dan 1000. Setkan julat pemilih pada keadaan kedudukan
ACV dan setkan julat ke nilai yang paling tinggi. Ini adalah untuk memastikan multimeter tidak
rosak akibat voltan lampau. Jika bacaan
yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca,
laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai. Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan
skala bacaan.
Mengukur arus terus
Garisan skala
yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DcmA). Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala
voltan arus terus (DCV) dan menggunakan julat 10, 50 dan 250. Semasa membuat pengukuran arus litar perlu
dipisahkan dari punca bekalan bagi membolehkan bacaan diperoleh adalah
tepat. Setkan julat pemilih pada
kedudukan DcmA iaitu pada nilai yang paling tinggi. Putuskan litar dari punca
bekalan dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada skala penunjuk. Jika nilai
yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai untuk mendapatkan
bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil
adalah dari kiri ke kanan skala bacaan.
No comments:
Post a Comment