TAJUK : PENGENALAN KEPADA MULTIMETER
TUJUAN :
Kertas penerangan ini adalah
bertujuan untuk menerangkan bahagian-bahagian utama dan kegunaan asas multimeter.
PENERANGAN :
Meter pelbagai
atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik
dan elektronik. Ia boleh berfungsi sebagai meter volt, meter ampere dan meter
ohm.
Ia juga digunakan
untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen seperti mengukur
bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai
rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar. Di samping itu ia dapat menentukan samada komponen itu berada
dalam keadaan baik atau tidak sebelum digunakan dan dapat
digunakan untuk mengesan kerosakan di dalam litar.
Multimeter terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
i.
Multimeter analog
ii.
Multimeter digital
Multimeter Analog
Multimeter jenis ini adalah banyak sekali digunakan
tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat
kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu
mengendalikannya. Kemahiran dalam
menentukan bacaan adalah penting kerana
ianya ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi.
Multimeter Digital
Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi
bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yang
dipamerkan pada skrin. Bacaan yang
diperolehi adalah lebih tepat berbanding multimeter analog.
No comments:
Post a Comment